Wednesday 23 March 2011

JENIS -JENIS KULIT MUKA


1. KULIT NORMAL
Ciri -ciri:
1.Kemerah -merahan dan berseri
2.Tidak berkilat dan tidak pudar
3.Pejal
4.Bertekstur halus
5.Tidak bertanda
6.Cerah dan segar
Faktor yang menyebabkan:
1.Metabolisme badan yang baik
2.Pemakanan yang seimbang
3.Umur
4.Kebersihan dan penjagaan kulit yang betul
5.Kekenyalan kulit yang baik.
6.Pemakanan makanan yang boleh mengekalkan kesuburan kulit.


2. KULIT BERMINYAK
Ciri -ciri:
1.Liang terbuka
2.Pucat dan tidak menarik
3.Mudah bertanda atau berbintik -bintik dan ditumbuhi jerawat.
4.Kelihatan berkilat.
5.Permukaan kulit berminyak
Faktor yang menyebabkan:
1.Pengeluaran sebum yang berlebihan
2.Metabolisme yang tidak betul
3.Terlalu banyak makan makanan berlemak dan berminyak serta karbohidrat dan gula
4.Umur dan tindakan kelenjar dalam badan
5.Tidak menjaga kesihatan dan kebersihan kulit
6.Jangkitan pada bintik -bintik merebak
.

4. KULIT KERING
Ciri -ciri:
1.Mengelupas dan boleh terdapat kelemumur di bahagian kening
2.Sensitif terhadap tindak balas dan rasa gatal
3.Permukaan kulit merekah 
4.Mudah berkedut dan kedut terjadi lebih awal daripada sepatutnya.
5.Selepas di cuci kulit tersa tegang dan mengembang
Faktor yang menyebabkan:
1.Pengeluaran sebum atau peluh yang kurang
2.Kekurangan kelembapan atau tiada kelembapan pada lapisan kulit atas
3.Menggunakan sabun ,bahan pencuci ,agen pembuang minyak dan penyegar kulit dengan berlebihan
4.Terlalu terdedah kepada cahaya matahari
5.Kekurangan vitamin C
6.Penggunaan alat pemanas
5.Tidak menggunakan bahan kosmetik yang sesuai.
 
4. KULIT CAMPURAN (KOMBINASI)
Ciri -ciri:
1.Berminyak di bahagian "T" (dahi,hidung dan dagu)
2.Pipi Kering
3.Kelihatan berminyak pada keseluruhannya.
Faktor yang menyebabkan:
1.Tidak menjaga kulit dengan betul.
2.Pengeluaran sebum yang tidak sama rata
3.Metabolisme yang tidak betul
4.Memakan makanan yang tidak seimbang
5.Tidak menggunakan bahan kosmetik yang sesuai.

PENGENALAN JENIS BERUS

Di atas menunjukan jenis -jenis berus yang di perlukan ketika solekan muka.
1)Berus Besar
- Digunakan untuk sapu bedak supaya rata

2) Berus Sedang
- Digunakan untuk aplikasi 'shading' supaya rata

3) Berus sedang, hujung condong
- Digunakan untuk meratakan pewarna merah pipi (blusher)

4) Berus kecil, hujung lebar berbentuk segitiga
- digunakan untuk membersihkan wajah dai sisa-sisa kosmetik yan melekar

5) Berus kecil, hujung condong
- Digunakan untuk sapuan 'shading' pada bahagian hidung

6) Berus kecil, hujung rata
- Digunakan untuk meratakan pewarna mata supaya memberikan kesan lembut

7) Berus kecil, hujung keras dan rata
- Digunakan untuk sapuan pewarna pada alis mata

8) Berus tirus berbentuk sikat
- Digunakan untuk merapikan bulu alis mata

9) Berus berbentuk sikat
- Digunakan untuk merapikan aplikasi maskara dan menyamarkan warna alis mata

10) Berus tirus kecil berhujung bulat
- Digunakan untuk merapikan sapuan gincu supaya nampak lebih menawan